![]() |
SEKOLAH KEBANGSAAN HUTAN KAMPONG 05350 Alor Star, Kedah Darul Aman. No Tel/Fax : +(604) - 7145275 Laman Web : http://sekolahskhk.tripod.com Email : sekolahskhk@yahoo.com |
||||||
|
|||||||
|
|
|||||||
|
SKHK
|
|||||||
|
Sejarah Sekolah
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1923. Dibina di atas sebidang tanah seluas 1.5 ekar. Asalnya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Umum Hutan Kampong kemudiannya Sekolah Melayu Hutan Kampong. Pada masa itu sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan berlantaikan papan untuk P&P dan sebuah kantin. Hari ini sekolah ini mempunyai 3 buah bangunan untuk P&P, Makmal ICT, Kafeteria bertaraf 5 bintang dan sebuah surau. Lokasi Sekolah Terletak di pinggir bandar Alor Star, di tengah-tengah laluan antara pusat bandar Alor Star dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Jarak dari pusat bandar Alor Star ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim lebih kurang 7km dan jarak dari sekolah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ialah 3km. Kawasan kediaman merupakan komuniti yang paling hampir dengan sekolah, antaranya :- Taman Cahaya, Taman Mustika dan kawasan perkampungan. Moto Sekolah Pelajaran Mencapai Kemajuan Slogan Sekolah Kecemerlangan Adalah Matlamat Kami Visi Sekolah Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong Akan Menjadi Antara 10 Sekolah Terbilang Negeri Kedah Menjelang 2010 Misi Sekolah Melaksanakan Semua Program Pendidikan Ke Arah Peningkatan Berkualiti Menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan |
|||||||
|
© Hak Cipta 2007 Kemaskini : 14 April 2007 |
|||||||